Just a day before our E-Global Challenge! It will be held in SIM HQ tomorrow at 9am till 6pm in room 2.16. So SIMCMS members, let's support this first ever website design competition that will happen tomorrow in our school! Marha Marha!
Below is the article extracted from Berita Harian dated 15th Sept '09.
[EKONIAGA]Pertandingan reka laman Internet Oleh Rosebi Mohd Sah
KESATUAN Usahawan Melayu (Kesuma) dengan kerjasama Persatuan Budaya Melayu Institut Pengurusan Singapura (SIMMCS), Spring Singapore dan Universiti Nasional Singapura (NUS) akan menganjurkan pertandingan membuat laman Internet yang dinamakan E Global Challenge.
Pertandingan dan program itu akan mengajar para peserta bagaimana membuat laman web bagi menggalak perniagaan dalam talian.
Ia akan berlangsung selama tiga hari mulai 20 November ini dan akan dibimbing oleh penceramah pakar dalam bidang Internet, Encik Nur Shaheed Borhan dari syarikat teknologi maklumat (IT) Ed Borhan.
'Selain membangkitkan kesedaran, ia juga bertujuan membuka lebih banyak peluang perniagaan menerusi Internet bagi syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) serta individu-individu yang kehilangan pekerjaan atau golongan yang berminat dan ingin cuba berniaga menerusi Internet,' kata Encik Ibrahim Ariff, presiden Kesuma.
'Kami anjurkan kursus ini dalam bentuk pertandingan supaya ia dapat menarik minat para peserta untuk belajar di samping menghasilkan laman terbaik mereka. Kami akan menganugerahkan piala kepada tiga pemenang terbaik,' tambahnya.
Menurut Encik Ibrahim, bagi tahun ini, pertandingan itu hanya diperuntukkan kepada 20 peserta. Ia dibuka percuma kepada mereka yang mempunyai asas dalam Internet serta berusia antara 18 tahun dengan 50 tahun.
'Kesemua peserta akan mendapat sijil penyertaan tetapi apa yang penting ialah kami akan pastikan pada akhir hari ketiga program itu, para peserta akan dapat menghasilkan laman mereka sendiri dan dapat memulakan perniagaan untuk menjual produk atau perkhidmatan mereka sendiri.
'Kami tidak mahu peniaga kita hanya menumpukan perniagaan di kawasan Geylang dan mengharapkan pelanggan mereka dari pasaran Geylang sahaja. Mereka harus cepat berubah dan mempunyai pandangan terbuka lagi ke hadapan dan meluaskan lagi perniagaan mereka dengan memulakan perniagaan menerusi Internet.
'Ini kerana dengan melakukan demikian, mereka akan mempunyai para pelanggan global yang jauh lebih besar daripada pasaran lama mereka,' tambah Encik Ibrahim.
Para pengadil bagi pertandingan dalam kursus secara percuma itu terdiri daripada Encik Nur Shaheed sendiri dan beberapa pelajar SIM.
Menurutnya, jika terdapat permintaan yang baik bagi program tersebut, Kesuma akan menjadikan acara itu sebagai acara tahunan.
Minggu Usahawan Sejagat atau Global Entrepreneurs Week (GEW) berlangsung dari 16 hingga 22 November di sini, yang dianjur bersama Spring Singapore dan NUS.
Ini merupakan julung-julung kalinya Kesuma menjadi antara beberapa rakan kumpulan yang menyokong secara rasmi acara tahunan yang dianjurkan bersama Spring Singapore dan NUS itu.
Mereka yang berminat menyertai program itu boleh berdaftar menerusi e-mel ibrahimariff@yahoo.com atau simcms_vp@yahoo.com, ataupun menerusi telefon di pejabat Kesuma di talian 6745-3050 atau telefon Encik Mohd Shakirin (SIMMCS) menerusi talian 8399-7923.

